fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Pilihan sukar lengkapkan GW-28

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka mampu menyumbang banyak mata pada aksi minggu ini.

CABARAN Liga Fantasi Kosmo! menerusi Fantasy Premier League (FPL) semakin dirasai pada aksi minggu ke-28 (GW28) dengan tujuh perlawanan menarik yang bakal memberi cabaran tersendiri buat para pengurus FPL.

Pemilihan kali ini boleh dianggap cukup sukar memandangkan beberapa kelab utama seperti Liverpool, Manchester United dan Manchester City tidak bersaing kerana pertembungan dengan perlawanan suku akhir Piala FA.

Namun, masih ada lagi kelab besar yang boleh sumbangkan mata seperti The Gunners yang mendahului carta liga akan menentang Crystal Palace dan Tottenham pula bakal bertemu Southampton.

Para pengurus juga diharap lebih berwaspada dalam pemilihan pemain kerana prestasi kelab-kelab EPL yang berpengaruh juga tidak konsisten dengan pasukan kurang ternama boleh mengejutkan pada bila-bila masa.

FORMASI: 3-4-3
Nilai: £98.7

PENJAGA GOL

JOSE SA

SA akan terus menjadi sandaran utama Julen Lopetegui untuk diturunkan pada pertemuan menentang Leeds pada Sabtu ini. Pemain antarabangsa Portugal itu cemerlang menyumbang 111 mata sepanjang musim ini.

PERTAHANAN

KIERAN TRIPPIER

SEPERTI biasa, tonggak pertahanan Newcastle United ini dianggap sebagai penyumbangkan mata buat pengurus FPL di posisi benteng. Berdepan dengan Nottingham Forest juga nampak mudah selepas pasukan lawan dibelenggu kemelut prestasi musim ini.

TENGAH
LEANDRO TROSSARD

BINTANG antarabangsa Belgium ini semakin menunjukkan prestasi konsisten bersama skuad The Gunners sejak berhijrah pada Januari lepas. Malah, dia juga mencipta sejarah peribadi apabila mencipta tiga ‘assist’ buat rakan sepasukan pada aksi GW26 yang lepas.

PENYERANG

JOAO FELIX

NAMA Felix kini meniti di bibir peminat Chelsea meskipun hanya menyumbat satu gol musim ini. Penyerang antarabangsa Portugal itu dilihat begitu menyerlah dalam merencanakan serangan pasukan dan dijangka mengganas minggu ini.

KAPTEN
HARRY KANE

KANE telah yang mempamerkan prestasi luar biasa selepas meledak 20 gol musim ini dijangka tidak mempunyai masalah untuk terus menambah koleksi jaringan ketika bertemu Southampton nanti.

JADUAL

SABTU

NOTTINGHAM FOREST lwn NEWCASTLE UNITED
Siaran langsung Astro 812, 4 pagi

ASTON VILLA lwn BOURNEMOUTH
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

BRENTFORD lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

SOUTHAMPTON lwn TOTTENHAM HOTSPUR
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

WOLVERHAMPTON lwn LEEDS UNITED
Siaran langsung Astro On The Go, 11 mlm

AHAD

CHELSEA lwn EVERTON
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi

ARSENAL lwn CRYSTAL PALACE
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

 

PENJARING TERBANYAK

28 gol
Erling Haaland (Man. City)

20 gol
Harry Kane (Spurs)

16 gol
Ivan Toney (Brentford)

14 gol
Marcus Rashford (Man. United)

12 gol
Gabriel Martinelli (Arsenal)

11 gol
Aleksandar Mitrovic (Fulham)
Mohamed Salah (Liverpool)
Miguel Almiron (Newcastle)

10 gol
Rodrigo (Leeds United)
Bukayo Saka (Arsenal)
Martin Odegaard (Arsenal)

9 gol
James Maddison (Leicester)
Phil Foden (Man. City)
Ollie Watkins (Aston Villa)

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI