fbpx

Mahkamah: ‘Datuk Roy’ bebas dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'Datuk Roy' berbaju lokap ketika dibawa reman ke Mahkamah Majistret sebelum ini.-Gambar hiasan FAIZ ALIF/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’ yang direman tiga hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili suspek ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

“Reman tidak disambung, pagi ini anak guam saya akan ke SPRM Kuala Lumpur bagi proses jaminan. Setakat ini, tiada maklumat bila suspek akan dituduh di mahkamah,” katanya.

Selasa lalu, “Datuk Roy” yang berusia 54 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan Jana Wibawa.

Suspek direman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Noorelyna Hanim Abd. Halim di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Terdahulu media melaporkan SPRM menahan seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’ pukul 3 petang yang mana suspek itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Sebelum ini dilaporkan SPRM Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan program itu.

SPRM dalam kenyataan, memaklumkan lelaki yang dikesan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dengan alamat terakhir di Semambu, Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI