fbpx

20 universiti awam tawar Menu Siswa Rahmah RM3.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled menunjukkan harga Menu Siswa Rahmah ketika hadir tinjauan pelaksanaan inisiatif Menu Siswa Rahmah di kafeteria Randau Rasa di UKM, Bangi hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

KAJANG – Sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini menawarkan Menu Siswa Rahmah serendah RM3.50.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

“Di peringkat UA, memang mendapat sokongan dan telah pun ada usaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 supaya mereka tidak terjejas sepanjang melanjutkan pengajian mereka disebabkan kesusahan dan keperitan hidup.

“Jadi hari ini (semalam) KPT telah mendapat komitmen penyertaan daripada semua 20 universiti dan politeknik yang mana melibatkan 235 gerai dengan pelbagai menu dengan harga RM3.50,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Kafeteria Randau Rasa yang menawarkan Menu Siswa Rahmah inisiatif Desatera Sdn. Bhd. anak syarikat Brahim’s Dewina Group dan UKM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, menu tersebut lebih rendah daripada Menu Rahmah yang berharga RM5 dengan pihak universiti membantu dari segi tidak mengenakan kos sewaan kepada peniaga.

“Jadi ia (kos) diserap. Dengan tidak mengutip sewa dapat mengurangkan harga makanan dan minuman untuk dijual kepada pelajar dengan harga RM3.50. Ini yang kita bezakan dan panggil Menu Siswa Rahmah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI