fbpx

Malaysia kesal trend Islamofobia global masih meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir meluahkan perasaan sedih kerana masih ada lagi kes muslim di negara tertentu dihalang mengamalkan ajaran Islam.

Menerusi kenyataan bersempena sambutan Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia yang diraikan setiap 15 Mac, katanya, sikap negatif itu menyekat hak kebebasan umat Islam.

“Malaysia amat kesal kerana perasaan syak wasangka, diskriminasi dan sikap kebencian terhadap penganut Islam sejagat telah dilapor meningkat kepada kadar ‘wabak’.

“Islam ialah agama yang berlandaskan keamanan dengan ajarannya menggalakkan penerimaan harmoni kepelbagaian komuniti sejagat.

“Manifestasi tindakan Islamofobia pula boleh menjurus ke arah ekstremisme dan agenda itu seterusnya dibimbangi mampu menjejas usaha keamanan warga dunia,” katanya.

Justeru, masyarakat global tegasnya, perlu melihat isu Islamofobia melangkaui retorik dan mengenal pasti langkah bagi menangani situasi serta sikap yang menyumbang gejala itu.

“Kejayaan negara ini dalam memupuk keharmonian dan diperkukuhkan lagi menerusi konsep Malaysia Madani, boleh dijadikan rujukan serta panduan seluruh dunia.

“Malaysia bersedia menyumbang kepada usaha efektif membanteras Islamofobia dan segala perlakuan kebencian terhadap para penganut agama yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI