fbpx

Lelaki belum ditemui selepas 22 jam sesat mendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang diteruskan di Bukit Beruang, Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Seorang peniaga yang dilaporkan hilang lebih 22 jam dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Beruang di sini, petang semalam masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Steven Tan Kim Huat, 45, didakwa hilang selepas keluar mendaki kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ujarnya, kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh adik iparnya di Balai Polis Ayer Keroh pada pukul 9.45 malam tadi.

“Pengadu mendakwa telah mencari mangsa di kawasan sekitar bukit tersebut namun tidak menjumpainya, manakala kenderaan milik mangsa berjaya ditemui di parkir di kawasan riadah berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan pada pukul 9.50 malam semalam dengan bantuan pasukan bomba.

“Usaha mencari bermula dengan membuat pencarian di check point 3 dan 4 sehingga pukul 2 pagi tadi, namun usaha mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa dan operasi diteruskan bermula seawal pukul 7 pagi tadi dengan kekuatan melibatkan 12 pegawai dan anggota polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K-9),” katanya.

Katanya, orang ramai yang menjumpai mangsa boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian, 06-2841999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI