fbpx

Kadar fitrah negeri Johor RM7 dan RM13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (empat dari kanan) menunjukkan jumlah kadar Zakat Fitrah bagi tahun ini pada majlis pengumuman kadar Zakat Fitrah di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menetapkan kadar Zakat Fitrah pada tahun ini yang meningkat sedikit berbanding tahun lalu pada kadar harga RM7 dan RM13.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penetapan kadar fitrah ini berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di negeri ini.

Beliau berkata, jumlah itu terdapat peningkatan kadar fitrah berbanding pada tahun lalu iaitu RM7 dan RM10.

“Kadar zakat itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan pada kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

“Kadar Zakat Fitrah RM7 seorang adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian beras jenis ‘super’ tempatan dan ia adalah kadar wajib minima sebagaimana diputuskan.

“Manakala kadar RM13 seorang adalah bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis ‘super’ tempatan seperti beras wangi, beras basmathi dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1444H/2023M di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini.

Mohd. Fared turut mengumumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga akan memberikan bantuan hari raya kepada golongan asnaf dengan kadar RM14.22 juta. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI