fbpx

SPRM minta orang ramai salur maklumat tentang Datuk Roy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Roy kini sedang dikesan bagi membantu siasatan kes SPRM.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan identiti seorang individu yang dikenal pasti sebagai dalang utama dalam kes rasuah berhubung siasatan ke atas program Jana Wibawa.

Suruhanjaya tersebut dalam kenyataan berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd. Hussein Mohd. Nasir yang berusia 54 tahun.

“Individu yang sedang dikesan ini mempunyai alamat terakhir di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan bahawa SPRM sedang mengesan Datuk Roy yang dikenal pasti sebagai perancang utama dalam kes rasuah berhubung siasatan ke atas program Jana Wibawa.

Menurut sumber, pada 9 Mac lalu, seramai empat individu berusia 40 hingga 50 tahun termasuk seorang pegawai SPRM dan seorang wanita telah ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Kesemua mereka ditahan setelah disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 daripada individu tertentu kononnya bagi mengelakkan siasatan kes berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI