fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Hafidz tenang ketika dituduh, mengaku tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz (tengah) ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, hari ini.

HULU SELANGOR – Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru di sini, hari ini atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, disini dua minggu lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pukul 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala Hafidz diwakili peguam Datuk Akbardin Abdul Kader.

Sebelum ini, aktor itu ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian menumbuk isterinya ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, pelakon drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Terdahulu, media melaporkan seorang ahli seorang ahli keluarga Shuhada mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Shuhada sebelum insiden berkenaan, telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam dan kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Kemelut rumah tangga Shuhada menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI