fbpx

Keputusan rasmi pemilihan UMNO dijangka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham Jalil

PETALING JAYA – Keputusan rasmi bagi pemilihan jawatan-jawatan penting yang dipertandingkan di dalam UMNO dijangka dibuat hari ini atau selewatnya pada esok.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, segala keputusan rasmi akan diberitahu selepas kesemua jawatan yang dipertandingkan telah diisi oleh calon yang menang.

Katanya, proses pengiraan undi masih berjalan dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Sekarang segala keputusan kemenangan jawatan yang dikongsikan adalah keputusan tidak rasmi, ia belum rasmi lagi.

“Apabila semua jawatan dah ada pemiliknya, termasuk jawatan exco baru kita akan keluarkan keputusan secara rasmi. Harapnya hari ini, malam nanti atau selewatnya esok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya lagi, proses pemilihan kali ini berjalan dengan lancar dan setiap calon juga memberi kerjasama yang baik.

Terdahulu, keputusan tidak rasmi pemilihan Ketua Pemuda UMNO menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh, memenangi jawatan itu manakala, ADUN Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berjaya mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI