fbpx

Anggota polis maut, kereta terputus dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa terputus dua setelah hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.

SERIAN – Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan di kilometer 42 Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.35 pagi itu, kereta Honda yang dipandu mangsa turut terputus dua.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Konstabel Mohd. Shamezad Mohd. Salehuddin, 28, dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

“Siasatan mendapati kenderaan dipandu mangsa dari arah Kuching menuju ke Serian telah hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan dan seterusnya melanggar simen konkrit hujung Jambatan Sungai Samarahan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tercampak keluar di tepi jalan atas Jambatan Sungai Samarahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandy berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pamaredik Hospital Serian, manakala mayatnya kemudian dibawa ke hospital tersebut untuk dibedah siasat.

Beliau berkata semasa kejadian, keadaan cuaca hujan dan jalan basah serta licin.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan disiasat dibawah sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI