fbpx
Ina kecewa bila mendapati suaminya seakan tidak berasa jijik ketika bersama lelaki lain. – GAMBAR HIASAN

Suami berubah ‘selera’ selepas miliki tiga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“HATI isteri mana yang tidak luluh kalau suami yang kita cinta, sayang dan percaya selama ini berpaling tadah ke hati orang lain.

“Tambah memeritkan insan yang disukai dan dicintai itu sesama jantina! Beritahu saya, wanita mana yang boleh terima perlakuan jijik itu?”

Itu antara persoalan spontan yang berbutir daripada mulut Ina (bukan nama sebenar) selepas mendapat tahu suami yang dikahwini selama hampir sedekad itu mula berubah ‘selera’.

Menurut Ina, insan yang pernah menjadi imam kepada dia dan anaknya itu bukan sehari dua dikenali, tetapi lebih lima tahun sebelum sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah.

Beritahu Ina, perkenalan dan percintaan mereka mula berputik ketika sama-sama bekerja di syarikat sama usai tamat pengajian.

“Kami kenal ketika masing-masing mencari kerja dan datang temu duga di sebuah syarikat swasta di ibu kota sekitar 12 tahun lalu.

“Jujur saya katakan, kali pertama bertentang mata ketika sama-sama menunggu giliran untuk ditemu duga, saya mula tertarik kepadanya.

Anak jati Pagoh, Muar, Johor itu berkata, sejak dari itu, mereka mula bertukar nombor dan kerap menghubungi antara satu sama lain.

Beritahu Ina lagi, rezeki dan jodoh mungkin sudah tertulis, mereka berdua diterima kerja di syarikat sama, cumanya berbeza jabatan dan posisi jawatan.

“Dari situ jugalah kami jadi rapat dan mula kenal antara satu sama lain selain keluarga masing-masing. Azim (bukan nama sebenar) berasal dari Ipoh, Perak,” katanya.

Jelas Ina yang juga merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, selepas lima tahun mengenali hati budi, mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai.

Sejak bernikah, suaminya Azim banyak mengajarnya bagaimana untuk hidup sebagai pasangan suami isteri dan menerima segala kekurangan masing-masing.

Aplikasi songsang telah menjadikan suami yang dikahwini Ina selama hampir sedekad bertukar ‘selera’. – GAMBAR HIASAN

Kata Ina lagi, rezeki untuk memiliki cahaya mata juga dipermudahkan Allah dan mereka saling mengecapi kebahagiaan dengan keluarga kecil yang dianugerahkan itu.

Bak peribahasa, anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. Itu antara yang paling tepat ditujukan buat suaminya yang tiba-tiba berbeza daripada sebelumnya.

Akui Ina lagi, sejak dikurniakan tiga orang anak, layanan Azim terhadapnya juga sudah mula lain dan tidak manja seperti sebelumnya.

“Paling saya perasan, suami juga sudah tidak selalu pulang tepat pada waktunya selepas habis kerja,” kata Ina yang diminta suaminya untuk berhenti kerja sejak selepas bersalin anak kedua.

Beritahu wanita berusia 38 tahun itu lagi, paling ketara apabila suaminya sudah pandai keluar malam dan ada kalanya langsung tidak balik.

Tidak setakat itu, ada kalanya dia juga tiba-tiba bertukar menjadi agresif dan pemarah lebih-lebih lagi apabila ditegur Ina setiap kali pulang lewat tengah malam ke rumah.

“Kalau dahulu telefon pintar miliknya boleh saya lihat dan tidak kisah apabila diletakkan di mana-mana.Sebaliknya sekarang, nak buka telefon pun sudah ada kata kunci (password) dan dia cukup marah jika saya nak lihat telefonnya. Paling saya perasan, suami selalu jawab panggilan suara di dalam bilik air,” luahnya lagi.

Bukan mahu membuka aib si suami, tetapi Ina mengakui, bermula dari saat itu juga, kemanisan dalam rumah tangga mereka juga mula tawar dan tiada seri.

Kata Ina, suami juga jarang sekali memintanya untuk ‘bersama’ seperti sebelum ini. Jika diminta, suami selalu memberi alasan penat dan sudah malas.

Hampir setahun berlalu dan mungkin sudah tiba masanya, Allah tunjukkan segalanya apa yang terjadi dan dilakukan suami selama ini.

“Alangkah terkejutnya saya apabila menerima sebuah video dan gambar aib suami dan seorang lelaki sedang menjalinkan hubungan intim bersama.

“Buatkan lagi saya nak pengsan dan terhenti nafas apabila suami seperti tidak malu dan langsung tiada sedikit rasa jijik dengan lelaki dalam video itu.

“Saya masih ingat, pesan pengirim yang tidak bernama itu, jangan sesekali kacau hubungannya dengan Azim yang sudah dikenalinya sejak hampir setahun itu.

“Ugutnya lagi, sebaik-baiknya segera lepaskan Azim dan biarkan mereka berdua hidup bahagia bersama,” ujar Ina sebak.

Tidak serkap jarang, Ina memberitahu, dia bertindak bersemuka dengan suaminya dan menunjukkan segala bukti untuk pengesahan.

Ungkap suami tanpa bersalah: “Ya, dalam video itu memang aku. Setahun dah kami bersama. Aku kenal dia dalam aplikasi gay. Aku happy (gembira) dan selesa dengan dia.

“Kau apa tahu? Dia lagi pandai jaga aku berbanding kau. Dia pun dah lama minta aku lepaskan kau. Dah tahu semuanya kan? Jadi, aku lepas dan ceraikan kau dengan talak satu. Kau jagalah anak-anak,” ujarnya.

Doa Ina hanya satu, biar bekas suaminya yang bahagia di dunia ketika ini berubah kerana masa dan peluang masih ada agar tidak berduka di ‘sana’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN