fbpx

Air mata Cik B, Vida tumpah, hidup senang tapi kurang kasih sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B mengakui membesarkan dengan keadaan kurang kasih sayang akibat kesibukan ibunya menguruskan perniagaan.

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja air mata anak kesayangannya, Cik B tumpah bahkan si ibu Datuk Seri Vida juga sebak dalam tangisan apabila bercerita tentang kurangnya kasih sayang antara mereka meskipun hidup dilimpahi harta bertimbun.

Dalam keadaan teresak-esak, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mengakui kekurangan kasih sayang disebabkan kesibukan ibunya  membina nama sebagai usahawan wanita berjaya.

“Memang terasalah sejak kecil sebab mama businesswoman (usahawan wanita). Selalu keluar, pergi Kuala Lumpur setiap minggu. Kami adik-beradik duduk Ipoh dengan tiada ayah apa semua hanya dengan adik,” katanya sebak.

Ditanya sama ada pernah menangis disebabkan kekosongan yang ditinggalkan, jawab pelantun lagu Tolonglah itu: “Pernah. Perhatian memang daripada kecil kuranglah tapi, setiap kali dapat jumpa mama, itu momen yang bermakna.”

Sementara itu, Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 51, berkata, kalau dapat bercuti bersama anak-anak di lokasi berdekatan pun, itu adalah amat memberi bekas kepada dirinya.

“Walaupun kita bercuti dua hari di Ipoh pun, saya rasa lama sangat. Sebab saya susah nak ambil masa bersama (bercuti).

“Dulu Cik B tak nak ikut saya (berniaga), dia malu,” ujar Vida.

Cik B yang baru sahaja muncul dengan single terbaharu berjudul Doakan menambah, ibunya seorang wanita yang hebat tiada tolok banding.

“Tapi mama adalah seorang ibu yang terbaik Allah kurniakan. Dia seorang ayah, seorang kawan dan seorang kakak buat saya.

“Mama tak pernah jentik, cubit ke. Memang tiada. Mama seorang ibu yang hebat! Harap-harap, saya dapat jadi macam mama suatu hari nanti,” kata Cik B lagi.

Terdahulu, selepas lagu Tolonglah yang mencipta fenomena tersendiri apabila merekod jumlah tontonan 5 juta dalam YouTube, Cik B muncul dengan karya baharu berjudul Doakan.

Lagu yang merupakan luahan hati remaja itu sedikit sebanyak mengisahkan kisah hidupnya termasuk bernaratif cerita beberapa lelaki yang pernah dikaitkan dengan ibunya merupakan ciptaan sepenuhnya dan edaran Rusa Music. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI