fbpx

Manfaatkan aksi berganda empat kelab minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesebelasan pilihan Sukan Kosmo! bagi perlawanan minggu ke-27.

PRESTASI semasa dan jumlah perlawanan yang bakal diharu­ngi Brighton pada Minggu ke-27 kali ini membolehkan ‘saham’ pemain kelab itu makin mening­kat dalam kalangan pengurus pasukan Fantasy Premier League (FPL).

Selain Brighton, minggu ini menyaksikan tiga lagi pasukan akan bermain dua kali iaitu Brentford, Southampton dan Crystal Palace, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada setiap pengurus untuk menyenaraikan skuad terbaik.

Dengan beberapa pasukan sudah pamer prestasi baik, ia akan memudahkan setiap pengurus pasukan Liga Fantasi Kosmo! untuk buat pilihan pemain dan jika mengambil kira momentum The Reds membelasah Manchester United 7-0, bintang kelab Merseyside wajar dipertimbangkan.

Untuk itu, Kosmo! berkongsi beberapa tip bagi membolehkan para pengurus FPL mampu kutip mata sebanyak mungkin.

 

DAVID RAYA

PENJAGA GOL
DAVID RAYA. Dua aksi yang bakal dilalui membuka peluang buat penjaga gol ini mendapatkan lebih banyak mata berbanding pemain nama besar lain.

 

LEWIS DUNK

PERTAHANAN
LEWIS DUNK. Mengambil kira prestasi, lawan yang bakal dihadapi dan dua aksi bakal dilalui Brighton pada minggu ini, pemilihan Dunk dianggap berbaloi bagi menyumbangkan mata maksimum.

 

MOHAMED SALAH

TENGAH
MOHAMED SALAH sudah kembali menemui sentuhan dan sedang berada pada prestasi terbaik untuk terus mengukuhkan namanya sebagai penjaring terbanyak Liverpool.

 

ERLING HAALAND

PENYERANG
ERLING HAALAND. Pilihan paling mudah buat kesemua pengurus pasukan dan kualiti dimilikinya menjadi taruhan pemain fantasi bagi mendapatkan mata maksimum

 

MARCUS RASHFORD

KAPTEN
MARCUS RASHFORD sudah membuktikan kualitinya dan penyerang England ini dijangka akan jadikan Crystal Palace sebagai tempat buatnya lepas geram selepas dimalukan Liverpool.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`