fbpx

Kuah banjir bahaya untuk kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Masalah kegemukan dalam negara sering sahaja menjadi sebutan dan faktor utama trend kegemukan ini berpunca daripada pemakanan individu setiap hari.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman Facebooknya berkata, makan ‘kuah banjir’ boleh menyebabkan kegemukan susulan jumlah kalori dan juga lemak yang ada dalam hidangan kuah banjir.

“Kuah bukan sekadar air berperisa, ia mengandungi lemak tepu, garam dan kalori yang tinggi.

“Setakat mahu rasa sedikit tiada masalah namun, jika pengambilan pada tahap banjir memang patut anda risau.

“Semakin banyak kuah yang anda ambil semakin banyak kalori terkumpul. Jika kalori itu tidak digunakan ia akan menyebabkan timbunan lemak dan peningkatan berat badan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Jelasnya lagi, satu sudu kuah kari atau rendang mengandungi 50 kalori manakala satu pinggan kuah banjir mengandungi sebanyak 800 kalori.

Disebabkan individu yang tidak cakna terhadap pemakanan mereka, jadi tidak hairanlah sekiranya masalah kegemukan atau obesiti dalam negara semakin meningkat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI