fbpx

NASA siar foto pemandangan waktu senja di Planet Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej yang dirakam memaparkan sinaran cahaya yang menerangi sebuah tebing awan ketika matahari terbenam di ufuk. – NASA

WASHINGTON –  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan  imej matahari terbenam yang dirakam di Planet Marikh menggunakan kenderaan peneroka miliknya, Curiosity, lapor portal berita MailOnline semalam.

Imej tersebut memaparkan sinaran cahaya yang menerangi sebuah tebing ketika matahari terbenam di ufuk.

Sinaran matahari itu dikenali sebagai sinar ‘crepuscular’, yang diambil daripada perkataan Latin  bermaksud ‘senja’.

Ia dirakam pada 2 Februari lalu ketika Curiosity menjalankan tinjauan awan senja terbaharunya.

Awan dalam imej tersebut adalah istimewa kerana ia berada pada altitud yang jauh lebih tinggi daripada biasa dan di tempat di mana ia sangat sejuk.

Ini bermakna ia berkemungkinan dihasilkan daripada karbon dioksida atau ais kering.

Kebanyakan awan di Planet Marikh berlegar-legar tidak lebih daripada 60 kilometer di atas tanah dan terdiri daripada ais air.

Tinjauan terbaharu Curiosity dibina berdasarkan pemerhatian 2021 mengenai awan ‘noctilucent’ atau cahaya malam.

Misi itu menyediakan maklumat penting kepada para saintis untuk lebih memahami mengenai cuaca planet merah tersebut.

Selain itu, pakar-pakar dapat mempelajari lebih lanjut mengenai atmosfera Planet Marikh termasuk kelajuan angin dan suhu semasa berdasarkan di mana dan bila awan terbentuk. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI