fbpx

[VIDEO] Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki memberi makanan kepada beberapa ekor anjing liar.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memberi makanan kepada beberapa ekor anjing liar mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok ammermohd262, kelihatan lelaki tersebut memberi anjing-aniing tersebut makan beberapa keping roti dan juga makanan haiwan.

Lebih mencuit hati, lelaki itu turut menyapu mentega di atas roti tersebut sebelum diberikan kepada anjing-anjing berkenaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat gelagat lelaki itu selain turut memuji sikapnya menyantuni haiwan jalanan.

“Alhamdulillah, menjadi contoh yg baik. Semoga makin ramai yang santuni haiwan jalanan,” kata Mama Pinky.

“Amboi, sakan ya sarapan ala ‘english’ siap sapi mentega,” kata Lin.

“Bagusnya, ini contoh muslim yang baik. Bangga saya. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan amin,” kata Liyza.

“Kamu sangat baik hati,” puji Fifi.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 500,000 kali dan mendapat lebih 4,000 komen. – KOSMO! ONLINE.

@ammermohd262 #love #fyp #fypシ #kittensoftiktok #cat #petsoftiktok #pet #puppy #dogsoftiktok #dog #Ipoh #Perak #Santai #family #sibling #menbestfriend ♬ Funny – Gold-Tiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI