fbpx

Chelsea melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Chelsea meraikan jaringan Havertz (kiri) ketika menewaskan Dortmund 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter menganggap sorakan padu penyokong membantu pasukan untuk mencapai malam gemilang apabila mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan menewaskan Borussia Dortmund 2-0 awal pagi semalam.

Pada aksi 16 terbaik pusingan kedua itu, skuad The Blues meraih gol hasil ledakan Raheem Sterling dan jaringan penalti yang di­sempurnakan oleh Kai Havertz, sekali gus menyaksikan pasukan itu mara dengan agregat 2-1.

Kata Potter, apa yang dipamerkan oleh pasukannya cukup istimewa memandangkan wakil Jerman itu berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan 10 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan sebelum ini.

“Ini adalah aksi terbaik buat kami selepas dikritik hebat sebelum ini. Sokongan padu yang diberikan oleh peminat kami sa­ngat luar biasa kerana ia memberi suntikan tambahan buat pemain tampil lebih bertenaga.

“Jika ditanya mengenai pemain terbaik kali ini, sudah tentu wajar diberikan kepada Marc Cucurella yang begitu cemerlang bermain di posisi pertahanan tengah. Saya harap semua pemain dapat kekal fokus untuk mengharungi jadual padat ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Potter turut menarik nafas lega sambil menyifatkan kemaraan ke kelompok lapan pasukan terbaik Eropah musim ini dapat menyelamatkan dirinya daripada dipecat dalam masa terdekat.

“Saya telah bertemu dengan pemilik kelab, Todd Boehly selepas perlawanan dan dia sa­ngat gembira. Justeru, saya tidak mahu ada lagi cerita mengenai kemungkinan saya tidak kekal lama di sini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI