fbpx

Agong, Permaisuri Agong zahir ucapan takziah pemergian Syed Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, yang telah kembali ke Rahmatullah semalam (8 Mac).

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan para solihin,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Allahyarham merupakan Menteri Besar Kedah kelapan dan mempunyai jasa yang besar kepada masyarakat dan negeri Kedah.

Allahyarham adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan dan menjadi Menteri Besar Kedah bermula pada tahun 1999 hingga 2005.

Allahyarham meletak jawatan Menteri Besar semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi disebabkan masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI