fbpx

‘Rider’ tinggal motosikal selamat budak hampir dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pirapong menerima anugerah susulan tindakannya menyelamatkan kanak-kanak itu dengan pantas. - Khaosod

BANGKOK – Seorang penghantar barang di Thailand diberi julukan ‘wira penghantar’ oleh netizen susulan rakaman tular memaparkan dia meninggalkan motosikalnya sebelum bergegas membantu seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang melintas jalan secara tiba-tiba, lapor laman berita Khaosod semalam.

Ketua Polis, Jeneral Damrongsak Kittiprapas turut memuji tindakan Pirapong Chumpolwadee, 31, kerana menyelamatkan budak itu daripada dilanggar kereta.

Piraporng turut diberi penghormatan di bawah program ‘berbuat baik mendapat anugerah’ yang disampaikan oleh polis.

Kejadian itu berlaku di Jalan Sawai Pracharat, bertentangan dengan Sekolah Yamsaard di wilayah Pathum Thani pada 6 Mac lalu. Kamera pengawasan sebuah taman perumahan merakam seluruh kejadian tersebut.

Menurut media tempatan, Pirampong ketika kejadian sedang menghantar barang di hadapan sebuah taman perumahan. 

Dia kemudian bergegas meninggalkan motosikalnya dan berlari menyelamatkan kanak-kanak itu setelah terdengar jeritan seorang pengawal keselamatan. Budak itu bernasib baik kerana kereta yang hampir melanggarnya dapat dihentikan.

Kanak-kanak itu kemudian berlari dengan gembira ke arah pengawal tersebut. Mereka saling mengenali antara satu sama lain kerana budak itu adalah anak kepada seorang  pemotong rumput di kompleks perumahan itu.

Peerapong berkata, motosikalnya berada dalam keadaan baik tetapi dua cawan kopi yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan telah tumpah. 

Bagaimanapun, kerugian itu ditanggung oleh pemilik kedai setelah Peerapong menjelaskan situasi yang dihadapinya.  – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI