fbpx

Lelaki dikesan conteng masjid, hina nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contengan pada tembok masjid didakwa dilakukan lelaki tersebut. GAMBAR MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa melakukan perbuatan tidak beradab apabila menconteng tembok batu sebuah masjid menggunakan spray dengan menulis kata-kata kesat menghina nabi.

Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi video sekali gus mengundang kemarahan dan kecaman orang ramai.

Pada video yang tular tersebut, perakam sempat merakam lelaki itu menconteng dinding sebelum berlalu pergi.

Perakam yang tidak diketahui identiti itu turut menegurnya ‘hoi’ beberapa kali, namun tidak diendahkan.

Dalam pada itu, orang ramai mengecam perbuatan tersebut sekali gus berharap lelaki tersebut diambil tindakan undang-undang.

“Apa masalah dia ni. Hina nabi dengan conteng di pagar masjid,” kata Baon Tora Tora pada hantaran Facebook. Polis mohon siasat. Hina nabi tak boleh dimaafkan,” kata Meor Ahmad Zainal.

Bagaimanapun, ada pengguna Facebook meninggalkan komen mendakwa contengan itu telah dipadam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI