fbpx

Kes mafia korporat, kertas siasatan dibuka sejak tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berhubung artikel ‘Rahsia mafia korporat Malaysia Victor Chin Boon Long’ yang didakwa memperalatkan penguat kuasa tempatan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung perkara itu pada 25 Mei tahun lalu dan telah membuka kertas siasatan.

“Laporan tersebut menyatakan wujud salah laku dan penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah lebih kurang RM30.7 juta dalam pengurusan syarikat Caely (M) Sdn Bhd (anak syarikat milik Caely Holdings Berhad).

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah amanah oleh ejen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, satu laporan telah dibuat polis pada 21 September tahun lalu di bawah Sekayen 201 Kanun Keseksaan.

“Ia bagi kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai satu kesalahan dilakukan atau memberi dimaklumkan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu untuk mengelak pesalah daripada hukuman.

“Kedua-dua kertas siasatan itu sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada 27 Februari lalu untuk arahan dan keputusan lanjut,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain.

Kemelut perebutan mengakibatkan kejatuhan harga saham malah ia mendakwa turut membabitkan agensi penguat kuasa, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI