fbpx

Tetamu majlis kahwin ‘kenyang’ minum air longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut terjatuh ke dalam longkang sebelum diselamatkan oleh beberapa lelaki. - Instagram

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan seorang tetamu wanita di sebuah majlis perkahwinan terjatuh ke dalam longkang ketika asyik merakam pengantin, lapor akhbar The Hans India.

Ketika kejadian, wanita tersebut berkumpul bersama-sama tetamu lain untuk menyaksikan pengantin berarak di jalan. 

Dia dilihat memegang telefon bimbitnya untuk merakam pengantin tetapi tidak menyedari keberadaan longkang di belakangnya.

Wanita itu kemudian terjatuh ke dalam longkang sebelum diselamatkan oleh beberapa lelaki. Badannya basah kuyup setelah terjatuh ke dalam air yang keruh.

Video tersebut mendapat lebih 10.5 juta tontonan di laman Instagram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI