fbpx

Seorang maut insiden rempuhan ketika tonton konsert GloRilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu duet GloRilla F.N.F. (Let’s Go) bersama Hitkidd menerima pencalonan anugerah Grammy untuk persembahan rap terbaik. – The Shade Room

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang penonton maut,  manakala lapan yang lain cedera dalam  kejadian rempuhan ketika konsert penyanyi rap Amerika Syarikat, GloRilla berlangsung di New York pada  Ahad lalu, lapor laman berita Wion News.

Menurut polis Rochester, Leftenan Nicholas Adams, rempuhan bermula selepas penonton menyangkakan berlakunya tembakan di lokasi konsert berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini, polis tidak menemui sebarang bukti bagi menyokong kenyataan tersebut.

Insiden rempuhan mula dilaporkan sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) Ahad lalu. 

Pegawai-pegawai diberitahu bahawa terdapat beberapa das tembakan dilepaskan di lokasi konsert namun, siasatan awal mendedahkan bahawa  kesan kecederaan tidak konsisten dengan luka akibat ditembak.

“Kecederaan itu disebabkan oleh tindakan orang ramai saling menolak di pintu keluar selepas beberapa individu memberitahu mereka terdengar bunyi dipercayai tembakan,” kata Adam

Susulan kejadian tersebut, GloRilla berkata menerusi laman Twitter: “Saya baru diberitahu mengenai apa yang telah berlaku. Saya berharap semua orang berada dalam keadaan baik.”

GloRilla menjadi  tajuk utama pada 2022 apabila lagu duet popularnya, F.N.F. (Let’s Go) bersama Hitkidd menerima pencalonan anugerah Grammy untuk persembahan rap terbaik. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI