fbpx

Banjir: Mangsa banjir di Johor semakin pulih, 39,620 mangsa di 210 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah penduduk kampung berhampiran Pekan Sri Medan, Batu Pahat yang ditenggelami air selepas peningkatan paras air bermula awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini dilihat semakin pulih apabila jumlah mangsa terus mencatatkan penurunan ekoran cuaca baik semalam.

Setakat pukul 8 pagi hari ini, seramai 39,620 mangsa masih ditempatkan di sejumlah 210 pusat pemindahan sementara (PPS) dibandingkan 40,129 mangsa yang ditempatkan di 216 PPS, pada pukul 8 malam, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sebanyak 10,826 buah keluarga.

“Sembilan daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa adalah Batu Pahat dengan seramai 22,209 mangsa.

“Ini diikuti daerah Muar (5,094 mangsa); Segamat (4,036 mangsa); Kluang (2,591 mangsa); Tangkak (2,584 mangsa); Kota Tinggi (1,754 mangsa); Mersing (1,164 mangsa); Pontian (150 mangsa) dan Johor Bahru (38 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, jumlah mangsa yang maut akibat banjir di negeri ini bagaimanapun telah menunjukkan peningkatan dengan seramai lima mangsa direkodkan sejak bencana banjir melanda seminggu lalu.

“Mereka yang dilaporkan maut adalah K. Sarathkumar yang menetap di Kluang, manakala Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan A. Fatimah yang menetap di Segamat serta Tan Sharon yang menetap di Mersing,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI