fbpx

Banjir: Batu Pahat paling teruk, jumlah mangsa di Johor meningkat kepada 49,410

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA buah rumah dilanda banjir di Kampung Temehel, Yong Peng, Batu Pahat. -Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini terus kritikal apabila kini terdapat seramai 49,410 mangsa yang ditempatkan di 269 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di seluruh Johor, setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding seramai 44,860 mangsa yang ditempatkan di 260 PPS, pada waktu sama, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sebanyak 14,125 buah keluarga.

“Kesemua 10 daerah di negeri ini kembali terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa adalah Batu Pahat dengan seramai 20,767 mangsa.

“Ini diikuti daerah Segamat (11,023 mangsa); Kluang (4,770 mangsa); Muar (4,625 mangsa); Tangkak (3,229 mangsa); Kota Tinggi (3,160 mangsa); Mersing (1,167 mangsa); Johor Bahru (327 mangsa); Pontian (278 mangsa) dan Kulai (64 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, jumlah mangsa yang maut akibat banjir di negeri ini kekal seramai empat orang iaitu K. Sarathkumar yang menetap di Kluang, manakala Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan A. Fatimah yang menetap di Segamat.

Menurut Azmi lagi, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula menunjukkan beberapa daerah menunjukkan amaran hujan berterusan tahap waspada iaitu Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Sementara itu, sebanyak 14 sungai di tujuh daerah telah diletakkan bawah kategori paras air berbahaya antaranya Sungai Gemas, Sungai Muar, Sungai Tangkak, Sungai Bekok, Sungai Kahang dan Sungai Johor,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, 44 laluan dan susur telah ditutup untuk semua jenis kenderaan di negeri ini antaranya Jalan Paloh; Jalan Parit Jambi; Jalan Sri Bengkal; Jalan Yong Peng-Muar; Jalan Lingkaran Kahang Barat; Jalan Mawai Lama; Jalan Tanah Abang dan Jalan Semaloi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI