fbpx

Agong, Raja Permaisuri sambut ulang tahun perkahwinan ke-37

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong dan Raja Permaisuri Agong

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun perkahwinan Diraja ke-37 hari ini.

Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini, merafak sembah ucapan tahniah kepada Agong dan Raja Permaisuri sempena hari ulang tahun tersebut.

Dalam pada itu, Istana Negara turut berkongsi gambar-gambar indah pasangan itu bersama-sama dengan ucapan dalam hantaran berkenaan.

Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berkahwin pada Mac tahun 1986 di Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi Sultan Johor.

Hasil mahligai yang dibina, kedua pasangan diraja tu telah dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI