fbpx

Reza Rahadian antara calon bawa watak Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REZA Rahadian berminat membawa watak Watak, namun keinginan tersebut gagal direalisasikan kerana masalah kesibukan jadual kerjanya.

KUALA LUMPUR – Pengarah filem Anwar, The Untold Story, Viva Westi mendedahkan aktor ‘papan atas’ Indonesia iaitu Reza Rahadian merupakan antara calon yang sepatutnya melakonkan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem tersebut.

Bagaimanapun, Westi, 51, berkata, sudah menjadi takdir Farid Kamil terpilih melakonkan karakter sosok politik yang begitu disegani itu.

“Reza adalah salah seorang pelakon yang ingin sekali memainkan watak Anwar namun atas kekangan jadual, perihal tersebut tidak dapat direalisasikan.

“Waktu ditawarkan, dia juga menjadi juri untuk Festival Filem Indonesia (FFI). Sebenarnya, dia berminat cuma dia minta sama ada boleh atau tidak waktu dipanjangkan untuk latihan dan sebagainya disebabkan terlibat dengan FFI.

“Saya cakap kepada dia, memang tak boleh ikut jadualnya. Saya percaya bahawa Farid Kamil ditakdirkan menjayakan watak Anwar dalam filem ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Westi yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbitan produksi Bianglala Entertainment itu di ibu negara baru-baru ini yakin dengan kredibiliti Farid memainkan peranan Anwar Ibrahim.

“Saya masih ingat, dua bulan nak mula penggambaran, saya masih belum jumpa pelakon yang melakonkan watak Anwar.

“Penerbit (Zunar) minta saya pertimbangkan Farid untuk memainkan watak Anwar. Esoknya, saya ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Farid.

PENGARAH filem Anwar, The Untold Story iaitu Viva Westi mendedahkan Reza Rahadian merupakan antara calon aktor yang berminat memainkan watak Anwar Ibrahim. – FAIZ ALIF.

“Saya jumpa dia dalam sejam atau setengah jam. Waktu ditawarkan, dia adalah orang pertama yang bersetuju terus ingin membawakan watak Anwar. Yang lain ada alasan tersendiri nak tengok skrip dahulu, tunggu waktu dahulu,” ujarnya.

Filem Anwar, The Untold Story yang mengisahkan perjalanan politik Anwar memerangi rasuah dalam negara akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Mei depan.

Set masa filem tersebut berdasarkan cabaran yang dihadapi Anwar dalam menangani isu rasuah di negara ini bermula dari 1993 sehingga 1998, iaitu ketika dilantik sebagai Menteri Kewangan sehingga dipecat dan dipenjarakan.

Diolah daripada kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai ketegasan Anwar yang konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai daripada pihak tertentu.

Selain itu, filem berkenaan turut memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat dimiliki anak pemimpin tertentu yang mengalami kerugian berbilion ringgit.

Filem terbitan produksi Bianglala Entertainment itu menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Hasnul Rahmat menggalas watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Malaysia, filem Anwar, The Untold Story akan ditayangkan serentak di beberapa negara termasuk Brunei dan Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI