fbpx

Yayasan Bank Rakyat salur RM40,000 bantu pelajar sekolah di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Rizal (tengah) ketika menyerahkan replika cek pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR di Masjid Darul Rahmah Tambirat, Kuching, hari ini

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM40,000 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Sarawak bagi sesi persekolahan 2023.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, seramai 400 orang pelajar telah menerima bantuan itu melalui program bantuan persekolahan YBR dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuching.

“Bantuan tunai sebanyak RM100 bagi setiap murid dari kalangan asnaf dan keluarga B40, berobjektif bagi membantu ibu bapa atau penjaga membuat persediaan untuk sesi persekolahan anak-anak yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya pada majlis penyerahan bantuan di Masjid Darul Rahmah Tambirat, Kuching hari ini.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, melihat keadaan ekonomi yang masih tidak stabil, diharapkan pemberian bantuan tunai berkenaan sedikit sebanyak meringankan urusan kewangan penerima dalam menyediakan kelengkapan persekolahan mengikut keperluan masing-masing.

“Pemberian ini dipecahkan kepada dua lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di sekitar Kuching dan seterusnya di Mukah dalam masa yang terdekat sebelum sekolah dibuka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pada tahun 2020, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 87 lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI