fbpx

Penyanyi Pano, Zac Tabudlo temui peminat di Malaysia malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZACK Tabudlo menghiburkan peminat tempatan malam ini di Ballroom Le Meridian, Petaling Jaya.

NAMANYA mungkin masih asing buat rakyat Malaysia secara umum, namun bintang asal Filipina Zack Tabudlo cukup terkenal di negara kelahirannya.

Setelah tular dalam media sosial, khasnya menerusi TikTok lewat lagunya yang berjudul Pano, Zack kini bakal bertemu peminatnya di Kuala Lumpur.

Dengan kerjasama antara Universal Music Malaysia dan Universal Music Filipina, Zack akan membuat persembahan di acara Music Is Universal pada tanggal 4 Mac 2023 di Ballroom Hotel Le Meridien, Petaling Jaya.

Acara berkenaan bukan sahaja akan memberi peluang buat Zack untuk menyerlahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi dan penghibur, tetapi juga untuk mendekati dan mengenali para peminatnya di Malaysia dengan lebih akrab.

Lebih menarik lagi, acara diserikan dengan kehadiran beberapa artis Universal Music Malaysia yang lain iaitu YonnyBoii, Insomniacks, serta Bella Astillah.

Ketiga-tiga artis ini sememangnya mempunyai golongan peminat mereka tersendiri, lantas acara ini akan memberi mereka kesempatan untuk mempersembahkan karya terbaharu masing-masing.

Bagi peminat yang ingin menyertai acara ini untuk menonton artis kesayangan anda, jangan lupa untuk membuat RSVP.

Acara Music Is Universal mendapat sokongan daripada hotel Le Meridien sebagai penaja penginapan dan juga stesen radio bahasa Inggeris tersohor Malaysia, Hitz FM selaku stesen radio rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI