fbpx

20 ‘rider’ digerakkan hantar barang keperluan kepada asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMRI memimpin bacaan doa sebelum melepaskan konvoi 20 penghantar makanan di reruai Yadim di Putrajaya hari ini. - Foto AMREE AHMAD

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengambil inisiatif menyumbang barangan keperluan harian menerusi khidmat 20 penghantar makanan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin berkata, usaha melibatkan sejumlah 20 penunggang motosikal yang juga merupakan Sukarelawan Yadim Penghantar Makanan itu akan menyampaikan barangan keperluan terus kepada 200 keluarga yang memerlukan.

Jelas beliau, Yadim telah memperuntukan sebanyak RM100,000 untuk semua barangan tersebut untuk diedarkan termasuk mereka yang hadir ke reruai yayasan itu.

“Perkhidmatan sebegini kita buat untuk keluarga asnaf yang dikenal pasti pihak Yadim sendiri dan tidak dapat hadir ambil barangan,”katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Terbuka Putrajaya 2023 di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Pada masa sama, pihak Yadim turut mengedarkan barangan basah kepada pengunjung yang hadir ke reruai agensi tersebut bersebelahan pentas utama di Dataran Putrajaya.

“Mereka yang datang sepanjang hari ini menerima sebanyak sembilan jenis item keperluan dapur antaranya ialah minyak masak, beras, bawang, gula, tepung gandum dan susu,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI