fbpx

Tujuh lagi bubu naga dirampas di Sungai Janggut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang dirampas di sekitar perairan Sungai Janggut, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Segelintir nelayan dikesan masih berdegil menggunakan bubu naga haram di perairan Sungai Janggut di sini, biarpun pernah dirampas pihak berkuasa di lokasi sama sebelum ini.

Rampasan terbaharu melibatkan tujuh peralatan itu yang ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di barat laut perairan berkenaan pukul 1.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi rondaan rutin bot yang melihat satu pelampung merah mencurigakan dengan pemeriksaan mendapati diikat dengan tujuh bubu naga dan pancang kayu.

“Anggota kita tunggu selama 30 minit namun tiada bot nelayan hampiri kawasan tersebut. Semua bubu dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siva Kumar memberitahu, kesemua bubu naga itu dianggarkan bernilai RM350 iaitu RM50 bagi setiap unit dan pihaknya turut menahan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan di perairan berkenaan pada hari sama.

“Pemeriksaan mendapati bot yang dikendalikan empat kru termasuk tekong warga tempatan berusia 15 hingga 44 tahun itu tidak mempunyai lesen menangkap ikan. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI