fbpx

Sang Kenari belum tunjuk aksi sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain KDA FC meraikan jaringan Danel ketika menyaksikan KDA FC menewaskan TFC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

MESKIPUN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri, para penyokong sudah tentu dapat menyaksikan betapa sukarnya Sang Kenari mendapatkan kemenangan pada perlawanan tersebut.

Malah, gol tunggal perlawanan pada minit ke-90, boleh dikatakan berpunca daripada kesilapan pemain import Terengganu, Domagoj Pusic yang membuat hantaran ke belakang, sekali gus membolehkan penyerang KDA FC, Willian Lira membuka ruang kepada Fadzrul Danel membuat jaringan.

Mengulas mengenai perkara itu, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain mengakui betapa anak-anak buahnya masih belum menampilkan aksi sebenar di hadapan 21,700 penonton yang membanjiri Stadium Darul Aman malam tadi.

“Alhamdulillah, tiga mata penting diraih dan kemenangan ini amat sukar walaupun bermain di tempat sendiri. Terengganu tampak bermain cukup baik dan jelas kita bermula dengan perlahan hingga membiarkan mereka bermain mengikut cara sendiri pada awal permainan.

“Boleh dikatakan apa yang kita persembahkan di padang hanya berlaku pada masa ter­tentu saja dan bukan keseluruhan permainan. Secara jujur, saya tahu kami boleh bermain lebih baik dan aksi malam ini bukan sepenuhnya apa yang kami mahu persembahkan.

“Saya tahu kemampuan pasu­kan dan itu yang membuatkan saya yakin bahawa kami mampu bermain lebih baik. Namun, mungkin ada sesetengah pemain belum pernah merasai suasana sebegini di Darul Aman dan berasa gementar, namun lama-kelamaan akan biasa dan bertambah baik hasil sokongan penyokong,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhir perlawanan.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan menampilkan aksi rancak dengan saling berbalas serangan, namun masing-masing buntu untuk menghasilkan gol.

Ketika perlawanan seakan berakhir seri, Pusic yang berasal dari Croatia membuat kesilapan tidak sepatutnya hingga memaksa penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Hussain keluar dari posisi bagi merebut bola dari Lira, sekali gus membuka pintu gol seluas-luasnya kepada Danel membuat jaringan.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, masih terlalu awal untuk menilai hala tuju serta prestasi pasukan musim ini ketika masih ada lebih 20 perlawanan perlu dilalui di sepanjang liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI