fbpx
POKOK tumbang di Jalan Kota Tinggi-Ulu Tiram berhampiran Pulada, Kota Tinggi menyebabkan sebuah kereta Proton Saga mengalami kerosakan bagaimanapun pemandunya terselamat dalam kejadian berkenaan.

Nyawa masih panjang, lelaki selamat kereta dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang lelaki terselamat selepas Proton Saga dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi-Ulu Tiram berhampiran Pulada, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, kenderaan milik mangsa Mohd. Shafiq Ahmad, 27, mengalami kerosakan di bahagian enjin hadapan dan di kedua-dua pintu.

Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas menyebabkannya tidak sempat untuk memberhentikan kenderaan.

“Saya bawa kereta tidak laju kerana hujan renyai, ada beberapa kenderaan di depan saya yang sempat mengelak dan saya terpaksa brek kecemasan sebelum kereta dihempap.

“Saya juga terpaksa keluar dari pintu penumpang sebab pintu memandu terhalang pokok, bagaimanapun saya bersyukur kerana selamat dan tiada kecederaan,” katanya di lokasi kejadian.

Kejadian yang berlaku ketika hujan renyai itu menyebabkan kesesakan jalan raya hampir empat kilometer berikutan pokok tersebut menghalang laluan.

Pihak konsesi dilihat mengambil tindakan yang cepat dan tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian untuk memotong pokok berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN