fbpx

MRT 2 Laluan Putrajaya dibuka sepenuhnya 16 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MRT 2 Laluan Putrajaya yang akan bermula sepenuhnya pada 16 Mac depan. - Foto oleh: FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) 2 Laluan Putrajaya akan mula dibuka sepenuhnya pada 16 Mac depan.

Pembukaan MRT 2 tersebut menyusul Laluan Putrajaya Fasa 2 dari stesen Kentonmen ke Putrajaya Sentral yang sudah siap sebelum ini.

“Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Keseluruhan Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara sehingga Putrajaya Sentral akan beroperasi dari pukul 3 petang, 16 Mac 2023,” kongsi @MRTMalaysia di Twitter sebentar tadi.

Terdahulu, Fasa 1 MRT 2 sudah beroperasi pada Jun 2022 dengan perkhidmatan antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Batu.

Bagi laluan penuh, MRT 2 dilengkapi dengan 36 stesen, termasuk sembilan stesen bawah tanah sepanjang 57.7 kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI