fbpx

Mahkamah: Guan Eng dibenar dapat sementara pasport ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini untuk mendapatkan sementara pasport ke Singapura bagi menghadiri upacara pengebumian bapa saudaranya.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Guan Eng yang mana pasport itu akan dikembalikan kepadanya hari ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bagan itu perlu memulangkan semula pasport kepada mahkamah sebelum atau pada 10 Mac ini.

Terdahulu, peguam bela Guan Eng, Syafiqah Sofian, berkata anak guamnya memerlukan pasport untuk ke negara republik itu selama dua hari bermula esok.

“Pada pukul 6 petang, 1 Mac lalu, anak guam dimaklumkan bahawa bapa saudara, Lim Kit Hee, meninggal dunia. Oleh itu, Guan Eng mahu menghadiri upacara pengebumian mendiang di Orchid Hall, Singapura, esok,” kata peguam itu.

Tambah peguam itu, anak guamnya tiada risiko melarikan diri kerana dikenali ramai dan dikenakan jaminan tinggi iaitu RM1 juta selain tidak pernah gagal menghadiri prosiding mahkamah kecuali sakit atau perlu ke Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, tidak membantah mengenai permohonan pasport berkenaan.

Menurut Farah Yasmin, pasport berkenaan perlu dikembalikan semula sebelum tarikh pendengaran kes Guan Eng seterusnya iaitu 17 Mac ini.

Pada peringkat sekarang, Guan Eng, 63, masih dalam perbicaraan kes rasuahnya.

Mengikut pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau didakwa terhadap tuduhan pindaan meminta suapan iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul Ahmad sebagai upah membantu syarikat miliknya dilantik melaksanakan projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 12.30 pagi dan 2 pagi, pada bulan Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini.

Guan Eng turut didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI