PETALING JAYA – Seorang lelaki Rohingya yang berlagak ala samseng apabila memberi amaran kepada seorang aktivis agar tidak mencampuri urusan etnik mereka akhirnya tampil memohon maaf setelah teruk dikecam.
Menerusi satu video yang dimuat naiknya di media sosial, lelaki itu memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan mengakui sudah kesal dengan tindakannya.
“Maafkan saya ustaz, saya dah buat salah dengan ustaz dan semua orang-orang di sini. Saya minta maaf.
“Maafkan saya,, saya rasa bersalah, saya tak sepatutnya berkata begitu. Mohon semua terima permohonan maaf saya,” katanya.
Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen, ramai netizen yang masih tidak berpuas hati dan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap individu tersebut.
“Tiada maaf bagimu, datang Malaysia lagak samseng, baik hantar balik negaranya semula, datang negara orang buat cara macam pendatang, bukan bawa masalah,” komen seorang pengguna.
“Ada yang datang cari la tu, sebab itu dia buat permohonan maaf, ingatkan gengster, sekali buat masalah di negara orang, jangan harap akan tenang. Pihak berkuasa sila ambil tindakan,” kata Azmirul. – KOSMO! ONLINE














