fbpx

Agong berkenan terima menghadap Sheikh Hamdan Zayed, teroka kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah berkenan menerima menghadap Sheikh Hamdan Zayed pada pukul 6.30 petang waktu tempatan, semalam. - IHSAN ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Malaysia akan meneroka potensi bidang kerjasama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi manfaat kedua-dua buah negara.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap wakil pemerintah di Wilayah Al Dhafra, Sheikh Hamdan Zayed Al Nahyan di Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi, semalam.

Dalam sesi menghadap kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) itu, Seri Paduka berkenan menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan bantuan yang diberikan Kerajaan UAE dan Persatuan Bulan Sabit Merah UAE dalam menyampaikan sumbangan Kerajaan Malaysia sejumlah 40 tan barangan bantuan kemanusiaan di Syria.

Selain itu, tambah kenyataan tersebut, kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan UAE serta bidang kerjasama yang berpotensi dan boleh diterokai oleh kedua-dua negara.

Turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI