fbpx

[VIDEO] Terima kasih ATM, selamatkan kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba selamat menghantar calon SPM 2022 SMA Gemas pula ke PPS Felda Sungai Kelamah tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Tiga individu termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Sekolah Menengah Agama (SMA) Gemas, berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terkandas di tengah laluan banjir.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin, Suhaimizan Bizar, berkata, dia mula bergerak mengambil calon SPM iaitu pelajar perempuan di Kampung Sungai Dua, Gemencheh pada pukul 6.30 pagi dan kemudiannya mahu ke pusat pemindahan sementara (PPS) Felda Sungai Kelamah bagi mengambil seorang lagi calon SPM lelaki di PPS tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, laluan yang sebelum ini boleh dilalui pacuan empat rodanya gagal meneruskan perjalanan di pertengahan jalan antara Taman Pinggiran Sungai Kelamah ke Felda Sungai Kelamah.

“Jadi saya segera hubungi bilik gerakan dan mereka terus menghubungi pasukan penyelamat iaitu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan bomba. ATM sampai ke lokasi menggunakan lori tiga tan mereka dan kami selamat menghantar calon SPM berkenaan.

“Terima kasih ATM. Saya bimbang bila memikirkan calon SPM ini akan menduduki peperiksaan bagi kertas ekonomi pada pukul 8.15 pagi tadi. Alhamdulilah, semuanya sudah selamat,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI