fbpx

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar Mizal (tengah) bercakap pada pemberita pada sidang akhbar khas di Terminal 1 KLIA hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil keputusan untuk menghentikan serta-merta perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (APM) atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, keputusan menghentikan perkhidmatan tren itu diambil atas faktor keselamatan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian tren.

Susulan itu, katanya, sebanyak 18 buah bas perantara yang beroperasi 24 jam disediakan bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit.

Menurutnya, perkhidmatan aerotrain yang beroperasi sejak 25 tahun lalu itu sering mengalami gangguan perkhidmatan sehingga menyebabkan ketidakcekapan operasi serta ketidaksenangan kepada penumpang.

“Semalam kira-kira pukul 3 petang telah berlaku satu insiden tidak diingini membabitkan sebuah aerotrain yang membawa seramai 114 penumpang dari terminal utama ke terminal satelit di mana ia terhenti secara tiba-tiba di atas landasan.

“Bagaimanapun, sebuah lagi tren yang sepatutnya digunakan untuk membantu membawa mereka yang terkandas turut mengalami gangguan perkhidmatan dan menyebabkan kesemua 114 penumpang terpaksa berjalan di atas landasan sejauh 400 meter ke terminal satelit,” katanya menerusi sidang media di KLIA Terminal 1 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI