fbpx

Kontraktor scammer diburu, akan disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PILIHLAH kontraktor yang berlesen dan berwibawa untuk sesuatu projek pembangunan agar tidak menjadi mangsa penipuan. – gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan sama ada kontraktor atau orang tengah yang terlibat dengan ke­giatan penipuan akan disenarai hitam daripada menjalankan perniagaan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sentiasa memantau dan bersedia mengambil tindakan untuk mengekang perkara tersebut dari terus berlaku.

“Kita akan pastikan mana-mana kontraktor yang terlibat dalam penipuan akan disenarai hitam.

“Bukan dia saja sendiri akan ditangkap, (orang tengah) yang terlibat juga akan diambil tindakan,” katanya selepas majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling, di sini semalam.

Berita berkaitan: Barang sudah beli, kontraktor pula cabut lari

Berita berkaitan: Dapat duit tukang rumah cabut lari

Mengulas lanjut, beliau juga mengesahkan bahawa isu kontraktor tak berlesen tidak berlaku di dalam kementeriannya.

“Kita tiada isu kontraktor di kementerian kerana mereka tak berlesen mesti tak boleh dapat projek daripada KPKT,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kor Ming menyarankan agar pemilik rumah supaya lebih peka dalam hal ini sebelum membuat pemilihan kontraktor.

“Saya nak sarankan supaya orang awam melakukan semakan dan kaji selidik sebelum membuat lantikan. Pastikan kontraktor yang dipilih adalah berwibawa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI