fbpx

Banjir Johor: 25,213 mangsa banjir di 187 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 25,213 mangsa banjir telah ditempatkan di 187 PPS seluruh Johor setakat pukul 8 pagi, hari ini. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 25,213 mangsa ditempatkan di 187 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di seluruh Johor, setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa terkini itu terdiri daripada sebanyak 7,013 buah keluarga dan ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding seramai 9,162 mangsa dengan 90 PPS dibuka, pukul 8 malam, semalam.

“Kesemua 10 daerah di negeri ini telah terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa adalah Segamat dengan seramai 7,272 mangsa.

“Ini diikuti daerah Kluang (5,426); Batu Pahat (3,236); Kota Tinggi (2,912); Johor Bahru (2,096); Muar (1,667); Kulai (952); Tangkak (930); Mersing (472) dan Pontian (250),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, sebanyak 17 sungai turut diletakkan bawah kategori paras air berbahaya antaranya Sungai Segamat, Sungai Labis dan Sungai Lenik, Segamat; Sungai Tangkak, Sungai Kesang dan Sungai Senduk di Tangkak; Sungai Bekok di Batu Pahat dan Sungai Kahang di Kluang.

“Turut berada di paras bahaya ialah Sungai Sayong, Sungai Skudai dan Sungai Pontian Besar di Kulai; Sungai Skudai di Johor Bahru dan Sungai Johor di Kota Tinggi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, terdapat beberapa laluan yang hanya boleh dilalui kenderaan ringan sahaja manakala dua laluan ditutup untuk semua jenis kenderaan iaitu Jalan Kluang-Mersing dan Jalan Batu Pahat-Mersing,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI