fbpx

Ahmad Zahid perkenal calon bertanding pemilihan UMNO malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID menyampaikan kit bantuan makanan kepada mangsa banjir ketika melakukan lawatan di PPS SK Usman Awang di Kota Tinggi, Johor hari ini. Foto Oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KOTA TINGGI – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di peringkat nasional dalam pemilihan UMNO malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengakui ramai calon menawarkan diri dalam pemilihan kali ini.

“Malam ini buat pertama kalinya saya akan mengadakan majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding diperingkat nasional.

“Kita ketahui bahawa ramai yang berminat untuk bertanding, saya sendiri walaupun insha-Allah tidak perlu bertanding (jawatan Presiden) bersama Timbalan Presiden, kami tetap akan bersama-sama, memperlihatkan kebersamaan kami dengan calon-calon yang menawarkan diri,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau keadaan banjir di sekitar bandar Kota Tinggi serta melawat mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang di sini.

Media sebelum ini melaporkan, pemilihan UMNO dijadualkan bermula 1 Februari lalu hingga 18 Mac depan, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bersama Pemilihan Jawatankuasa Cawangan dan Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan dari 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan serta Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

Pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun dengan kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh matang kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI