fbpx

Utamakan pekerja tempatan dahulu – Sivakumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar.

PUTRAJAYA – Mana-mana majikan yang didapati memberhentikan pekerja tempatan semata-mata mahu memberi laluan kepada pekerja asing boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.

Itu antara denda dikenakan terhadap majikan yang berbuat demikian selain kelulusan kuota pekerja asing mereka juga boleh dibatalkan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, beliau menerima aduan terbaharu melibatkan pemberhentian 102 orang pekerja tempatan di Pulau Pinang.

“Kami ingin memberi peringatan tegas kepada majikan tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga.

“Malah, jangan sesekali dijadikan alasan untuk mengantikan pekerja tempatan sedia ada,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga ingin menasihatkan majikan bahawa setiap kekosongan pekerjaan yang ada di dalam negara perlu diberi keutamaan kepada rakyat dan pekerja tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI