fbpx

Reseptor nyamuk bantu kesan jenis darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NYAMUK menggunakan pelbagai deria untuk mencari perumah. – GAMBAR HIASAN

Reseptor pada neuron nyamuk mempunyai peranan penting bagi membantu serangga itu mengenal pasti individu yang menyajikan sumber darah menyelerakan.

Menurut Pakar Neurosains di Sekolah Perubatan, Universiti Johns Hopkins, Maryland Amerika Syarikat, Prof. Christopher Potter, memahami biologi molekul penderiaan bau nyamuk adalah cara baharu bagi mengelakkan gigitan dan penyakit bawaan serangga itu.

“Nyamuk mengesan bau melalui ‘antena’ dan para saintis telah lama memerhatikan bahawa variasi dalam bau, haba, kelembapan dan karbon dioksida adalah faktor yang menarik minat serangga itu kepada sesetengah individu berbanding orang lain.

“Serangga itu menggunakan pelbagai deria untuk mencari perumah.

“Anopheles gambiae iaitu keluarga nyamuk yang menyebabkan malaria mempunyai tiga jenis reseptor yang berada pada permukaan neuron dalam organ. Ia membantu mengesan bau atau reseptor bau, gustatory dan inotropic,” katanya.

Tambah Potter, berdasarkan kajian para saintis, reseptor tersebut membantu nyamuk membezakan antara haiwan dan manusia.

Reseptor gustatory membantu mengesan karbon dioksida, manakala reseptor ionotropic bertindak balas terhadap asid dan amina iaitu sebatian yang terdapat pada kulit manusia.

Saintis beranggapan bahawa tahap asid yang berbeza pada kulit manusia menjadi punca sesetengah orang itu menjadi lebih menarik kepada nyamuk berbanding individu lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI