fbpx

2,620 penderma darah A, O, B diperlukan menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan kira-kira 2,620 individu untuk tampil menderma darah bermula hari ini hingga Selasa bagi menampung keperluan bekalan darah sebelum 1 Syawal.

PDN dalam kenyataannya memaklumkan, dalam masa sama, bilangan pendermaan daripada individu kumpulan A, O dan B adalah amat diperlukan.

“Hal ini bagi memastikan bekalan darah tersedia untuk dibekalkan kepada pelbagai hospital di Lembah Klang sepanjang musim perayaan.

“Bekalan ini juga akan dimobilasi ke lain-lain hospital di Malaysia berdasarkan keperluan semasa klinikal,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Menurut PDN, kehadiran penderma untuk menderma darah dalam tempoh tersebut amat dihargai oleh pesakit yang memerlukan transfusi darah.

“Lagi ramai menderma lagi meriah suasana. Informasi kempen serta lokaliti pendermaan darah di www.pdn.gov.my,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI