fbpx

437 projek perumahan sakit dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (tiga kanan) ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Projek Aspire Residence di Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

CYBERJAYA – Sebanyak 437 projek perumahan swasta dikategorikan sebagai sakit dikenal pasti oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga 31 Januari daripada keseluruhan 3,138 projek swasta berlesen.

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 384 projek perumahan sakit yang direkodkan setakat 31 Disember tahun lalu.

“Walaupun terdapat peningkatan projek sakit secara keseluruhan, tetapi sebanyak 33 projek membabitkan 3,045 unit rumah berjaya diselesaikan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Tiga lagi projek sakit (674 unit) dipantau dengan rapi sehingga dikategorikan sebagai projek lancar.

“Ini merupakan pencapaian yang baik susulan penubuhan penubuhan pasukan petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai pada 30 Disember tahun lalu,” katanya pada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri status terkini projek kediaman Aspire Residence di sini hari ini.

Beliau yang turut mengemudi pasukan petugas itu berkata, setakat penghujung Januari lalu, sebanyak 115 projek perumahan terbengkalai telah dikenal pasti.

“Berdasarkan status semasa, projek perumahan swasta dikategorikan sebagai lewat pula dijangka akan terus meningkat sebanyak 188 projek pada tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 354 projek.

“Mengikut unjuran yang dilakukan bagi projek perumahan sakit, ia dijangka akan bertambah sehingga 101 projek menjadikan keseluruhan projek sakit bagi tempoh sehingga 31 Disember 2023 sebanyak 538 projek,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI