fbpx

Suami isteri guna najis sendiri jadi bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Pasangan itu menjana tenaga di rumah mereka menggunakan najis. - flowertowncharm

WASHINGTON – Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat (AS) menukar najis sendiri menjadi bahan api yang kemudian digunakan untuk memasak makanan dan memanaskan rumah mereka, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Jennifer dan Christopher Pelayo telah membeli sebuah rumah ladang yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan memulakan pengubahsuaian sendiri.

Pasangan berusia 34 tahun itu menetap di rumah pokok serba lengkap di dalam hutan terpencil seluas 10 hektar di luar bandar Carolina Utara.

Mereka mahu menjadikan kediaman itu mapan sepenuhnya tetapi masalah utama yang dihadapi dengan rumah pokok tersebut ialah tandas.

 

 

Tandas rumah pokok itu mampu menukar najis menjadi bahan api metana. – flowertowncharm

 

 

Setelah melakukan penelitian, pasangan itu kemudian membina sebuah tandas yang boleh menukar najis kepada tenaga dan menjana kuasa di rumah mereka.

“Kami mahu rumah pokok ini menjadi binaan mapan 100 peratus. Apabila menyelidik, kami menemui sistem Home BioGas dan ia sesuai dengan apa yang kami cari,” kata Jennifer.

Berdasarkan sistem itu, najis manusia tidak akan dibuang ke dalam pembetung atau tangki septik tetapi masuk ke dalam ‘beg hitam besar’ yang mengomposnya dengan lebih cepat.

Proses itu kemudian menghasilkan gas metana yang digunakan untuk memanaskan rumah, air dan periuk elektrik. Kaedah itu juga akan menghasilkan baja yang boleh diguna untuk tanah ladang dan tanaman sekitarnya.
Jennifer menjelaskan bahawa sistem itu memerlukan kos sekitar £1,249 (RM6,664) hingga £2082 (RM11,119). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI