fbpx

Fatin Afeefa bantah tuntutan hak Adam Shahz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBICARAAN tuntutan hak lawatan dan bermalam Adam terhadap anaknya Ivy masih di jalan buntu.

SHAH ALAM – Aktres Fatin Afeefa hari ini memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

Susulan daripada itu, pihak mahkamah hari ini menetapkan semula tarikh sebutan kedua kes berkenaan iaitu pada 17 April depan bagi mendapatkan kemas kini untuk tuntutan kedua-dua belah pihak.

Peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Adam memberitahu pihak defendan iaitu Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan permohonan pindaan iaitu hal lawatan yang difailkan plaintif (Adam) sebelum ini.

“Hari ini sebutan kes pertama dan pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh.

“Namun, pihak defendan membuat bantahan dan kami diarahkan untuk memfailkan pindaan secara bertulis,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

 

LIYANA mewakili Adam menjelaskan Fatin Afeefa telah memfailkan bantahan terhadap tuntutan anak guamnya hari ini.

Tambah Liyana, anak guamnya telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh anaknya daripada bekas isteri.

“Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan kepada defendan.

“Jadi, itulah perbincangannya. Kita tahu bila seseorang dapat hak jagaan manakala pihak lagi satu akan dapat hak lawatan tetapi dibantah.

“Kita nak bersama-sama menang cuma perkara ini dibantah dan percaya kami ada hak serta akan tuntut,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga dalam usaha bagi memfailkan perintah hak jagaan sementara yang membolehkan plaintif bertemu dengan anak perempuannya.

“Kami juga ada usulkan dalam tuntutan untuk failkan perintah hak jagaan sementara untuk membolehkan mereka Adam berjumpa dengan anaknya cuma akan mengambil masa,” katanya lagi.

Adam pula ketika ditemui menjelaskan sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya.

“Kali terakhir kami berjumpa pada Oktober tahun lalu dan saya sendiri tidak tahu dia berada di mana selain dapat tahu bekas isteri sudah menghantarnya ke sekolah berasrama.

“Saya telah disekat oleh keluarga sebelah sana termasuk bekas isteri dan sehingga hari ini tidak berhubung dengan anak.

“Pada majlis sulk lalu, defendan ada beritahu anak sudah dihantar ke sekolah berasrama tetapi tidak diceritakan secara terperinci,” ujarnya.

Pelakon filem Juvana itu seterusnya berharap agar semua urusan berkaitan tuntutan yang difailkan dipermudahkan.

Fatin diwakili oleh peguam syarie, Aiman Abd. Rahman pula memberitahu akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Tiada apa yang saya nak cakap. Kita sudah masuk mahkamah dan akan selesaikan mengikut proses.

“Saya juga enggan beri sebarang kenyataan yang boleh memakan diri dan menghormati badan kehakiman,” tuturnya.

Pada 26 Januari lalu, prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal pelakon Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Shah Alam menyaksikan satu prosiding majlis sulk diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkahwin dengan Adam pada Disember 2013, namun bercerai sekitar Mei 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI