fbpx

Zambry tarik diri ‘rebut’ jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengumumkan akan menarik diri daripada menjadi calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan parti itu kali ini.

Menerusi kenyataannya hari ini berkata, keputusan tersebut diambil dengan mengambilkira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan baharu ini.

“Banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. la juga sekaligus membawa imej UMNO yang saya wakili dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pada masa yang sama, sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), saya mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan BN dan juga antara parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Tambah Zambry, beliau juga akan menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan Ahli MKT UMNO untuk Pemilihan UMNO Sesi 2023- 2026.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih dan menzahirkan setinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat di bahagian-bahagian yang telah menyatakan sokongan kepadanya sebelum ini.

“Semoga anda semua akan terus dapat memberi sokongan kepada saya dan sama-sama kita mengembalikan kegemilangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanah Air.

“Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang bertanding pada pemilihan parti kali ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI