fbpx

Tudung sekolah awning on point penuhi kehendak pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai pilihan tudung keluaran syarikat yang boleh diperoleh secara online.

PETALING JAYA – Pembukaan sesi persekolahan tahun 2023 sedikit memberi cabaran kepada ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan pakaian dan dalam masa yang sama membuat persediaan awal untuk keperluan menyambut 1 Syawal.

Selain baju, kasut dan barangan lain, tudung menjadi satu keutamaan pilihan ibu-ibu khususnya untuk mencari yang kemas dan selesa di pakai agar anak-anak fokus dalam aktiviti pembelajaran di sekolah.

Prihatin dengan masalah tersebut, Pengarah SBZ Prima Sdn. Bhd., Kapten Syahruddin Zainul  TUDM (Bersara) telah  memperkenalkan produk di bawah jenama TudungSiComel, rekan tudung khas untuk pelajar daripada peringkat prasekolah hingga sekolah menengah.

“Kami mengutamakan rekaan terbaharu berkonsepkan awning tudung on point supaya pelajar lebih kemas memakainya selain ia dijahit lebih singkat untuk murid prasekolah dan memudahkan mereka memasukkan tudung ke dalam baju.

“Pelajar akan memakai tudung dalam tempoh yang lama iaitu dari pagi hingga ke sesi petang, jadi memakai tudung yang selesa setelah seharian berada di sekolah adalah perkara yang sangat penting. 

Syahruddin menunjukan beberapa helai tudung sekolah keluaran syarikat.

“Justeru itu, kita memilih untuk lebih fokus dalam penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Syahruddin menerangkan, buat masa ini terdapat tujuh jenis tudung sekolah yang dihasilkan, antaranya adalah tudung sekolah awning scuba (awning on-point), tudung sekolah awning lembut, tudung sekolah berdagu getah, tudung prasekolah, tudung sekolah berdagu, tudung sekolah berdagu labuh dan tudung sekolah dua lapis.

“Kesemua tudung ini dipasarkan ke seluruh negara secara dalam talian dan melalui agen-agen dropship yang dilantik serta menggunakan website e-Commerce untuk memudahkan pelanggan dan agen dropship membuat tempahan,” katanya.

Lebih menarik, syarikat juga menjahit anak tudung (inner rainbow) seragam untuk dipakai dengan tudung sekolah.

“Keistimewaan anak tudung yang dijahit menggunakan material dan warna yang sama dengan tudung, jadi ianya sesuai untuk dipakai ke sekolah. Sesetengah  sekolah tidak membenarkan pemakaian anak tudung yang berwarna-warni jadi kami mengambil inisiatif menjahit anak tudung yang sesuai dan seragam dengan tudung sekolah,” ujarnya.

Kakitangan yang membantu meningkatkan pengoperasian syarikat berjalan lancar dan semakin kukuh hingga kini.

Tudung yang dijual adalah dalam lingkungan harga mampu milik dengan anggaran antara RM16.90  hingga RM24.90 sehelai.

Mengulas mengenai penceburan usahawan yang berasal dari Kedah itu dalam bidang perniagaan tersebut, beliau bermula pada awal tahun 2013 yang mana  ketika itu budaya bertudung seawal usia masih belum diterima secara meluas. 

Ini mendorong minatnya untuk memperkasakan budaya bertudung pada peringkat awal umur kanak-kanak.

“Selepas lima tahun, saya mengambil keputusan untuk lebih fokus kepada penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai dan syarikat telah berjaya membekalkan hampir semua jenis dan warna tudung sekolah di Malaysia di bawah satu bumbung, “ ujarnya.

Beliau telah mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan lebih awal sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu kerana mahu meneruskan minatnya dalam bidang perniagaan.

“Selepas 10 tahun dalam bidang ini saya bersyukur kerana mengamalkan konsep berniaga secara organik berjaya  mengukuhkan akar terlebih dahulu akhirnya membuahkan hasil kerana sambutan meningkat saban tahun dan kini sudah memasuki fasa pertumbuhan.

 “Saya menggunakan pendekatan sentiasa mengemas kini setiap rekaan, mendengar aduan ibu bapa dan yang paling utama adalah maklum balas daripada si pemakai itu sendiri,” ujarnya.

Selain itu, Syahruddin memaklumkan bahawa syarikatnya sentiasa fokus untuk melatih lebih ramai golongan wanita terutama suri rumah terlibat dalam bidang perniagaan tersebut dengan merancang untuk membangunkan sistem ejen dan modul berkaitan ilmu pemasaran secara online yang lengkap agar lebih ramai ejen mendapat manfaat.

“Kami mahu  melatih sesiapa sahaja yang menyertai dropship TudungSiComel sejak dari awal pendaftaran sehinggalah berjaya membuat jualan dan menjana pendapatan dengan serius secara dalam talian hanya dari rumah.

“Lebih istimewa pada akhir tahun lalu, TudungSiComel secara rasminya telah disahkan sebagai sebuah syarikat patuh shariah dengan mematuhi hukum dan prinsip-prinsip syariah daripada sudut pengoperasian serta produk,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI